Ahad, 26 November 2017

Kempen "HOUR OF CODE"

Syukur, 21 daripada 26 murid iaitu 81% daripada jumlah murid perdana Tahun 2 hingga Tahun 6 telah berjaya menyertai kempen kali ini.

SKPP adalah salah satu Sekolah Kurang Murid (SKM) dalam Bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun tanpa kemudahan komputer yang memenuhi spesifikasi dan talian internet yang tidak memuaskan, namun demi anak bangsa di luar bandar, kita buktikan SKPP "TATAP BULI".

Bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil daripada KPM iaitu penyertaan sekurang-kurangnya 20 orang murid, SKPP telah menjalankan kempen ini selama 4 hari.

Terima kasih kepada Guru Besar , Puan Julaiha Amir (YDP, PIBG) dan Cikgu Syahrine kerana sudi meminjamkan komputer riba peribadi dan Cikgu Syahrine yang menyumbangkan 'data' internet peribadi untuk kempen ini.

#hourofcode @ #mydigitalmaker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...