Rabu, 25 Januari 2017

Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagian Barat

Tahniah Adik Alka Alona Julius (Tahun 2) kerana mengharumkan nama sekolah apabila menjadi sebahagian daripada kontinjen Daerah Kota Kinabalu dalam Kejohanan Merentas Desa MSS Bahagia Barat di Ranau. Sebagai perserta termuda dan terkecil, pencapaian tempat ke-20 daripada 24 peserta tidak menghampakan. TAHNIAH!!!

Ahad, 22 Januari 2017

Kejohanan Merentas Desa MSSD Kota Kinabalu

21/1/2017 (Sabtu)

Tahniah kepada Alka Alona Jolius (Tahun 2) kerana berjaya memperolehi tempat ke-5 dalam Kejohahan Merentas Desa Bawah 12 Tahun (Perempuan) MSSD Kota Kinabalu seterusnya akan mewakili daerah Kota Kinabalu ke Peringkat Bahagian. 

Terima kasih dan tahniah juga kepada semua ahli pasukan, PK Kokum (Cikgu Yen) dan Setiausaha Sukan (Cikgu Syahrine Bin Md Asip). Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG (Pn Julaiha Amir) atas sokongan dan ibu-ibu angkat di Persatuan Jururawat Sabah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah atas sumbangan kasut sukan untuk para peserta.

Rabu, 18 Januari 2017

Kedudukan Pencapaian UPSR 2016 SKPP dalam daerah Kota Kinabalu

2014 - Tempat ke-36/56
2015 - Tempat ke-16/57
Alhamdulillah, 2016 - Tempat ke-8/58
2017 - Mengekalkan kedudukan 10 terbaik

Rabu, 11 Januari 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...