Isnin, 30 Mac 2015

Penafian: Gambar ular dalam laci

Saya Budhi Rahmad Bin Suparno​, Guru Besar, SK Poring-Poring, Kota Kinabalu, menafikan bahawa gambar ular dalam laci yang viral di medium WhatsApp dan medium sosial lain telah berlaku di sekolah ini. Sebarang sebaran gambar tersebut yang mengaitkannya dengan sekolah ini hendaklah dihentikan segera kerana telah memberi tekanan kepada pihak sekolah, guru, murid dan komuniti. Laporan mengenai perkara ini akan dihantar ke Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

Selasa, 24 Mac 2015

Kajian Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Model OCB (Organisation Citizenship Behavior)

23/03/2015 (Isnin) - oleh Dr. Sarkauvi Maseri (School Improvement Partner + / SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu)

Jumaat, 13 Mac 2015

SELAMAT HARI LAHIR ENCIK MOHD ZAMRI BIN YUSSOF (13/3/2015)

Semoga dengan bertambahnya usia 
menjadikan kamu insan yang mulia, 
semakin disayang Allah dan menyayangi Allah, 
semakin umurnya berkat, 
pahalanya bertambah, 
segala urusan dipermudahkan Allah. 
SELAMAT HARI LAHIR

Selasa, 3 Mac 2015

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kota Kinabalu (Sekolah Rendah) 2015

TAHNIAH kepada semua peserta yang mewakili sekolah. Walaupun tidak memperolehi pingat, tetapi telah menunjukkan semangat sukan yang tinggi.

Tidak lupa juga sekalung tahniah dan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut.

Ahad, 1 Mac 2015

Gotong royong Perdana Siri 1/2015

Terima kasih kepada Tuan Fredolin Totin Bangon, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.13 Inanam merangkap Ketua Bahagian, Parti Bersatu Rakyat (PBS), Bahagian Inanam kerana sudi merasmikan program, memberi nasihat kepada ahli PIBG, menyampaikan bantuan KWAPM dan sumbangan RM200 untuk tabung PIBG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...