Ahad, 25 Januari 2015

Penubuhan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Poring-Poring diasaskan pada tahun 1968. 

Asalnya hanya sebuah bangunan 20’ X 40’ beratapkan zink, berdindingkan bambu dan berlantaikan tanah serta meja dan kerusi murid dibuat daripada bambu yang dibina oleh penduduk kampung.

Sekolah ini ditubuhkan untuk menangani masalah perhubungan pelajar yang terpaksa berjalan kaki sehingga 9 batu ke Sekolah Kebangsaan Tombongon dan Sekolah Kebangsaan Kokol dengan melalui kawasan hutan dan mengharungi Sungai Tombongon sehingga 13 kali.

Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak sekitar Kampung Poring-Poring, Kampung Ulu Babagon, Kampung Bambangan, Kampung Bambangan Baru, Kampung Pinahaon Kinasaraban, Kampung Gampapas, Kampung Pinahaun, Kampung Sinagang, Kampung Kalasunan / Kirogimot dan Kampung Marahang. Jumlah pelajar pada masa itu ialah 35 orang dengan seorang guru.

Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Poring-Poring kerana tapak kawasan untuk mendirikan sekolah ini dipenuhi dengan bambu, maka sekolah ini telah diberi nama berdasarkan kepada perkataan “Poring”, di mana dalam bahasa Dusun, ianya bermaksud bambu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...